Azwan Ali saman stesen televisyen - Utusan Malaysia

Azwan Ali saman stesen televisyen

AZWAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti sensasi, Azwan Ali bakal mengambil tindakan saman terhadap sebuah stesen televisyen gara-gara memuat naik kandungan video tular mengenainya tanpa kebenaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azwan yang mesra disapa sebagai Diva AA berkata, dia sudah berbincang dengan pihak peguam bagi meneliti perkara tersebut supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Saya masih terkilan de­ngan tindakan sebuah stesen te­levisyen yang menjadikan isu tular sebagai batu loncatan menaikkan rating mereka.

“Saya sudah dapat cerita sebenar daripada mulut Diva BB sendiri dan tunggu tindakan terhadap stesen tersebut,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, tular dalam media sosial mengenai video parodi seorang pempe­ngaruh lelaki yang menggelarkan diri sebagai Diva BB dengan meniru aksi dan gaya Azwan.

Lebih sensasi, apabila tular klip video kononnya berlaku pertemuan mesra antara Azwan dengan Diva BB yang terkenal menjual durian di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Azwan bagaimanapun menjelaskan situasi sebenar kerana dia belum berdamai sepenuh­nya dengan Diva BB yang kerap meniru aksinya.

Malah katanya, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap pempengaruh tersebut kerana dianggap mencalarkan imejnya sebagai selebriti.

“Video yang tular itu berlaku secara kebetulan sebab saya ada jemputan di Balik Pulau. Ba­nyak portal dan blog tulis seolah-olah saya sudah berdamai dengan Diva BB.

“Hakikatnya, saya memang serius hendak saman sebab isu ini masih tegang. Klip video itu me­nunjukkan sekalipun saya berhadapan de­ngan musuh, saya tetap menghormati situasi sebab tempat itu sesak dipenuhi orang ramai.

“Isu parodi Diva BB sudah sampai ke peguam saya. Kita yakin ada hak dan remedi yang membolehkan kes ini dibawa ke tahap saman di mahkamah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya