Utamakan kesihatan anak ketika musim perayaan - Utusan Malaysia

Utamakan kesihatan anak ketika musim perayaan

Pengawasan ibu bapa dan orang dewasa penting sewaktu bermain bunga api.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap kali tiba musim perayaan, pastinya ada penyakit biasa yang menyerang terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr. Sulokchana Alagan berkata, antara biasa musim raya adalah keracunan makanan.

Keracunan makanan, boleh disebabkan beberapa faktor seperti masalah kebersihan proses penyediaan makanan, cara penyimpanan yang tidak elok atau kurang bersih, makanan yang basi atau berlaku pencemaran.

Simptom keracunan makanan akan muncul secepat mungkin selepas seseorang itu makan makanan yang tercemar.

“Simptom yang biasanya berlaku adalah loya, muntah, kekejangan perut, badan berangin, cirit-birit dan demam.

“Jika anak-anak mempunyai simptom seperti dehidrasi, cirit-birit berlebihan, pendarahan dan lendir pada najis, ibu bapa perlu membawa anak ke klinik atau hospital terdekat dengan segara,” ujarnya.

Dalam menangani keracunan makanan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan:

* Membasuh tangan sebelum menyediakan makanan.

* Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan digunakan untuk menyediakan makanan.

* Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

* Pastikan makanan dimasak sempurna. (ayam dimasak sehingga 73 darjah selcius dan daging sehingga 63 darjah selcius).

* Simpan makanan sudah dimasak di tempat yang betul.

* Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih daripada empat jam.

* Pilih kedai makan yang bersih jika makan di luar.

BATUK & SELSEMA

Batuk dan selesema antara penyakit biasa menyerang kanak-kanak.

Ada beberapa situasi di mana ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan.

Dr. Sulokchana berkata, antaranya batuk dan selesema yang tidak sembuh selepas lima hari, batuk dan selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.

“Batuk dan selesema disertai demam melebihi 38 darjah selsius bagi bayi berumur enam bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah selsius untuk yang berumur bawah setahun.
“Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning juga perlu berikan perhatian,” katanya.

AWASI MINUMAN MANIS

Sirap dan soda merupakan minuman popular di Aidilfitri, namun perlu diingatkan supaya tidak mengambil minuman manis berulang kali dan berlebihan. Ini berikutan sesudu makan sirap mengandungi 10 gram gula pasir. Minuman soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula.

“Hadkan juga pengambilan sajian berminyak atau berlemak tinggi. Pastikan anak mendapat nutrisi secukupnya dan seimbang. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Dr Sulokchana turut mengingatkan ibu bapa untuk tidak mengabaikan keselamatan anak dalam keseronokan berhari raya khususnya sewaktu bermain bunga api.

Katanya, pengawasan ibu bapa atau orang dewasa adalah paling penting dan jangan sekali-kali membiarkan mereka melakukan aktiviti itu bersendirian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya