Tokoh jururawat, jasa, kerjaya, sistem kesihatan

Pilih jadi jururawat kerana layanan baik petugas kesihatan

hee Kim Lan (kanan) menerima anugerah tokoh jururawat 2023 sempena Hari Jururawat 2023 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENANGAN dijaga dengan penuh kasih sayang oleh jururawat ketika dimasukkan ke hospital lebih 40 tahun lalu membuatkan Hee Kim Lan, 59, jatuh cinta dengan kerjaya berkenaan.

Terharu dengan layanan baik yang diberikan akhirnya mendorong anak jati Melaka itu memilih profesion sama.

Kim Lan memulakan perkhidmatan pada 1991 sebelum bersara pada Januari 2021 dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Melaka.

Malah, dia juga merupakan bekas Pengerusi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) Cawangan Melaka selama empat tahun dari 2016 hingga 2020 di samping turut menjadi sukarelawan kesihatan semasa Covid-19 melanda negara.

Komitmen tinggi terhadap tugas turut membolehkannya diiktiraf sebagai Tokoh Jururawat 2023 di samping dua lagi pemenang sama iaitu, bekas Ketua Pegawai Kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid dan Koordinator Pengajian Pasca Ijazah KPJ Healthcare University, Prof. Dr. Aini Ahmad.

Kesemua mereka membawa pulang wang RM2,000, medal, sijil penghargaan dan jambangan bunga.

Menceritakan minatnya dalam dunia kejururawatan, Kim Lan berkata, segalanya bermula selepas dijangkiti malaria semasa berusia 12 tahun.

“Selama berhari-hari ditempatkan di wad, kalangan jururawat menjaga saya dengan baik seperti ahli keluarga.

“Mereka meletakkan kain basah di kepala dan mengelap badan saya bagi menurunkan suhu yang panas. Jasa mereka tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila dan sejak kejadian itu, saya nekad mahu menjadi jururawat bagi membantu masyarakat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tulang belakang

Berkongsi pengalaman sepanjang 30 tahun berkhidmat dalam dunia itu, menurut Kim Lan, jururawat merupakan tulang belakang kepada sistem kesihatan negara.

Katanya, peranan golongan itu bukan sekadar memberi rawatan dan membantu proses penyembuhan, malah turut mengambil bahagian dalam pemulihan pesakit.

Ujarnya, jururawat juga sentiasa berada di barisan hadapan ketika negara berdepan dengan sebarang masalah berkaitan penjagaan dan kesihatan awam.

“Menjaga individu tenat dan parah memberi cabaran besar, oleh itu jururawat perlu sentiasa mengamalkan kerjasama berpasukan dalam tugasan mereka di samping rajin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya