Lima lokasi bergambar ‘instaworthy’ di Selangor

Lima lokasi bergambar ‘instaworthy’ di Selangor

LALUAN Seni Pekan Lama Kuala Selangor menampilkan pelbagai lukisan mural di sepanjang laluan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUMPA sahaja tempat menarik, bermulalah aktiviti selfie, peragakan pakaian yang dipakai pada hari tersebut atau Outfit of The Day (OOTD) dan photoshoot akan dirakamkan.

Aktiviti ber-OOTD ini menjadi perkara yang mesti dilakukan oleh semua orang yang bersiar-siar dan bercuti, tidak kira peringkat umur.

Tetapi di mana tempat yang cantik untuk OOTD? Jika ke Selangor, banyak tempat atau port yang menarik boleh diterokai.

Di sini kami senaraikan lima lokasi bergambar yang ‘instaworthy’ di Selangor sesuai untuk mengabadikan kenangan.

Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor

Laluan Seni ini terletak di Lorong Belakang Jalan Raja Jalil, Pekan Lama Kuala Selangor kepada laluan turapan bersambung (interlocking pavement). Lorong yang telah ditambah baik ini dikenali sebagai Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor dengan menampilkan pelbagai lukisan mural di sepanjang laluan berkenaan.

Lover’s Bridge, Tanjung Sepat

Lover’s Bridge boleh dikatakan sebagai ikon yang paling dikenali di Tanjung Sepat. Walaupun berada jauh dari kawasan bandar, kampung nelayan ini tetap menjadi destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang mencari kawasan untuk melihat matahari terbenam sambil ber-OOTD di sini.

Istana Bandar Jugra

Terletak di Pekan Jugra, Kuala Langat, Istana Bandar Jugra memberikan latar belakang yang nostalgik seperti kembali ke masa silam. Boleh juga bersiar-siar di Pekan Jugra untuk bergambar dengan latar belakang deretan bangunan yang masih dikekalkan sejak berpuluh tahun dahulu seperti Masjid Alaeddin, Muzium Insitu Jugra dan lain-lain tanpa apa-apa bayaran masuk.

Taman Persahabatan Jepun, Taman Tasik Shah Alam

Pembukaan taman itu mencerminkan keakraban kerajaan Selangor dengan Jepun. Taman tasik ini dibuka kepada pengunjung secara percuma dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Antara tarikan yang ada di taman ini ialah Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai. Landskapnya indah, kemas dan elegan dengan jambatan-jambatan kecil dikelilingi air tasik, memberi refleksi budaya masyarakat Jepun.

Mural Safari di Pekan Diraja Klang

Pengunjung juga oleh singgah untuk mengambil gambar mural menarik bertemakan Safari di sepanjang lorong belakang kedai di bandar Klang lama. Seni mural mempesona ini mengetengahkan pelbagai jenis lukisan haiwan seolah-olah berada di safari sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya