Sukarnya asingkan beras, hampas padi guna chopstik - Utusan Malaysia

Sukarnya asingkan beras, hampas padi guna chopstik

Peserta mengasingkan beras dan hampas padi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Pernah tengok squid games?” tanya seorang marshal explorasi, Sugar Rice Rush anjuran BERNAS ke Sekinchan pada 11 Mac lalu.

“Tak pernah,” jawab saya sambil menggeleng kepala. Tiba-tiba rasa cuak, jantung mula berdebar dan tertanya-tanya apa pula tugasan yang perlu dibuat kali ni?
Tugasan pertama masa mula-mula sampai di Kelip-Kelip Park, Kampung Kuantan, Kuala Selangor jam 9.30 pagi tadi, meneka tiga jenis sirap gula keluaran Central Sugars Refinery (CSR) Sdn.Bhd, sudah selesai.

Salah seorang peserta menangkap ikan dengan tangan.

Nampak mudah tapi sebenarnya sukar membezakan jenis-jenis gula walaupun di depan peserta disediakan 10 gambar produk gula keluaran syarikat berkenaan.

“Tugasan kedua ni, peserta kena keluarkan bentuk payung yang diperbuat daripada gula ini dengan menggunakan jarum yang ada dalam bekas ni. Syaratnya, payung yang dikeluarkan tidak patah,” kata marshal tadi sambil menyerahkan bekas besi berbentuk bulat dan leper.

Ternyata tugasan kali ini memang cukup mencabar kesabaran. Jarum berbentuk seakan pin kertas sampai patah kerana digunakan untuk memotong gula yang keras. Jejari pula mula terasa sakit dan pedih.

Ini antara cabaran awal dilalui 14 kumpulan dari pelbagai media yang menyertai explorasi berkenaan yang bermula dari kilang gula CSR di Batu 3, Shah Alam.
Peserta dilepaskan Ketua Eksekutif CSR Sdn. Bhd, Mohamad Zuki Wan Abdullah.

OOTD di Laluan Seni Pekan Lama

Tiba di Laluan Seni Pekan Lama, Kuala Selangor, peserta perlu buat OOTD berlatarbelakangkan 10 lukisan mural di situ.

Kesemuanya terdapat 15 lukisan berlatarkan keindahan alam semulajadi Kuala Selangor dan lukisan berkaitan aktiviti ekonomi penduduk seperti perkampungan nelayan dan lokasi menarik di situ.

Haris Fadzilah Hassan (tiga dari kanan) bergambar bersama pemenang hadiah utama. Turut kelihatan, Mohamed Nazlan Mohamed Noordin (kiri sekali).

Antara karya seni menarik dipaparkan sepanjang laluan itu seperti Bunga Artistik oleh artis Izwan Rahimi, Fendi Rosli, dan Andi Syafie serta Lombong Bijih Timah oleh CO2 Mural.

Asing beras, hampas padi guna chopstik

Tiba di Kilang Beras BERNAS, Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, dua marshal wanita dan lelaki sudah sedia menunggu.

Setiap ahli kumpulan diberikan semangkuk beras bercampur hampas padi dan chopstik. Kami diminta mengasingkan beras dan hampas padi menggunakan chopstik berkenaan.

Pelbagai gaya dibuat oleh peserta ketika mengasingkan beras dan hampas padi. Ada yang baring dan meletakkan beras di atas kerusi. Sukar juga rupanya.

DILUMURI LUMPUR

Jam menunjukkan pukul 2 petang ketika kebanyakan peserta tiba di Taman Agroteknologi Mardi.

Walaupun cuaca panas terik, peserta tetap bersemangat apabila diminta mengayuh sampan di tali air sepanjang lebih kurang 300 meter.

Cuaca panas dan berangin memerlukan peserta meng­gunakan sepenuh tenaga mengayuh sampan yamg menentang arus dan angin.

Suasana riuh rendah dengan gelak ketawa apabila peserta diminta menangkap ikan keli menggunakan bubu di Laman Sawah. Ikan yang licin sukar dipegang dan kerap terlepas dari tangan tetapi ramai berjaya menangkap ikan berkenaan.

Kemudian peserta beralih ke petak sawah di sebelah untuk menanam 10 benih padi. Biarpun baju dipenuhi selut sawah, ternyata ia tidak sesekali menghalang peserta meneruskan tugasan diberikan.

Tugasan terakhir menanti peserta di Kilang Beras Bernas Sekinchan. Kami perlu menjawab 14 soalan berkaitan BERNAS, CSR dan tempat menarik di sekitar Kuala Selangor dan Sekinchan.

Penyampaian hadiah

Pada progarm itu, Kumpulan Bernama B berjaya meraih tempat pertama dan membawa pulang hadiah bernilai RM3000.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BERNAS, Datuk Haris Fadzilah Hassan dan Ketua Jabatan Undang-Undang, Mohamed Nazlan Mohamed Noordin di Hotel Padi Sentral, Sekinchan.

Haris berkata, penganjuran eksplorasi ini sangat menarik kerana keindahan kawasan di sekitar Kuala Selangor dan Sekinchan yang terkenal dalam kalangan penunggang motosikal dan basikal.

“Kalau ada peluang di masa depan, eksplorasi ini akan diteruskan dengan destinasi di sebelah utara pula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya