Tips sertai pertandingan fotografi - Utusan Malaysia

Tips sertai pertandingan fotografi

Antara foto menang pertandingan fotografi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pertandingan fotografi terdapat pelbagai tema, seperti landskap, kemanusiaan, potret dan kewartawanan foto. Bermula karier saya sebagai jurufoto pada 90an, sejak itu saya kerap menyertai pertandingan fotografi.

Hadiah Kewartawanan Malaysia 1997 kategori Foto Media Terbaik adalah kemenangan yang pertama bagi saya.

Di sini saya kongsikan panduan dan pengalaman untuk mencapai kemenangan pertandingan fotografi:

1) Baca peraturan berulang kali dan fahami tema pertandingan. Jangan pandang remeh peraturan diberikan. Boleh juga minta pendapat kedua untuk memastikan gambar yang dihasilkan tidak lari tajuk.

2) Think outside the box dan lebih kreatif. Bawalah segala peralatan dan gajet yang terbaru. Jikalau gagal mendapatkan imej yang diinginkan pada hari pertama jangan putus asa, cuba sampai dapat apa diingini.

3) Perancangan dan bayangkan (visualize) sebelum keluar ke lokasi. Jangan abaikan asas-asas fotografi seperti peraturan sepertiga (rule of third), komposisi dan sudut, elemen-elemen ini sangat penting semasa penjurian.

4) Gambar pertandingan mestilah berkualiti daripada segi saiz gambar dan warna. Kebiasaannya juri yang dilantik adalah di kalangan jurufoto profesional dan berlatarbelakangkan seni.

Antara pertandingan fotografi yang saya sertai dan memenanginya:

» Hadiah Kewartawanan Malaysia 1997 (Foto Media Terbaik)

» Hadiah Kewartawanan Malaysia 2001 (Foto Media Terbaik)

» Hadiah Kewartawanan Malaysia 2007 (Foto Media Terbaik)

» Regional Photo-Journalism Contest 2003 (Press Foundation of Asia)

» Photography contest ‘ASEAN’s Environmental Challenges 2004’

» Asia Media Awards 2005, Bangkok (IFRA-Best in Sports)

» Pertandingan Fotografi Karya Seni PNB 2003

» Travel Photo Contest 2006

» Picture KL Photography Contest 2008

» Pertandingan Fotografi Produktiviti 2011

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya