Merakam cakerawala di hujung lensa - Utusan Malaysia

Merakam cakerawala di hujung lensa

Gerhana matahari cincin ini dirakam pada 2019 di Tanjung Piai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Astrofotografi adalah pengimejan objek astronomi atau peristiwa angkasa. Selain merakam butiran objek seperti bulan, matahari dan planet, astrofotografi moden mempunyai keupayaan merakam imej objek yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia seperti bintang, nebula dan galaksi.

Teleskop optik khusus telah dibina sebagai kamera besar untuk merakam imej tersebut. Tracking mounts bersama teleskop yang mengimbangi putaran bumi digunakan untuk pendedahan yang lebih lama tanpa objek dikaburkan, ia juga bergerak dengan sistem panduan automatik.

Di Malaysia, penggemar astrofotografi ini hanya sekumpulan kecil sahaja yang aktif dan Mohd. Zaki Kosrin antara orangnya. Beliau memiliki latarbelakang Jurutera Mekanikal dari Jepun.

Mohd. Zaki Kosrin.

Pendedahan awal dalam dunia fotografi bermula sewaktu menuntut di Jepun, memandang segala peralatan yang berkait dengan fotografi amat mudah diperoleh pada harga berpatutan ketika itu.

Beliau bermula dengan fotografi landskap, makro dan burung, tetapi minat mendalam terhadap astrografi sejak zaman sekolah tidak dapat dilupakan.
Berkecimpung secara serius dalam genre ini kira-kira tiga tahun.

Planet Zuhal bersama empat bulannya (dari kiri) Rhea, Tethys, Enceladus dan Dione.

Horsehead and Orion Nebula antara gambar pilihan Zaki berjaya memenangi pertandingan Astrofotografi anjuran Astronomical Society of Penang.

Cabaran dalam astrografi adalah faktor cuaca terutama di Semenanjung Malaysia seperti pencemaran cahaya, mendung dan kerap hujan.

Zaki berpendapat masa depan genre ini cerah dan sentiasa menerima sambutan.

Peningkatan penggemar astrofotografi semakin ramai terutama wide field – milky way.

Menurutnya, untuk membeli peralatan astrografi, ia terpaksa beli dari luar negara disebabkan penjual tempatan sangat terhad dan tiada pilihan.

Selain mengambil gambar beliau juga menyediakan perkhidmatan menyewa pelbagai peralatan kamera dengan melayari https://www.ffcamera.my.

Beberapa pertubuhan seperti Dark Sky Malaysia, Apadilangit, Astronomical Society of Penang sentiasa membantu meningkatkan minat dan memberi sokongan kepada masyarakat yang meminati astrofotografi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya