Adidas Ultraboost Light ringan, selesa, puas hati

Adidas Ultraboost Light ringan, selesa, puas hati

BARISAN 97 peserta yang menyertai larian dan pelancaran Adidas Ultraboost Light baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMINAT sukan maraton, fun run atau sekadar joging untuk menjalani gaya hidup sihat harus mencuba kasut baharu Adidas Ultraboost Light.

Ringan, selesa dan puas hati pasti dirasai oleh sesiapa sahaja yang menyarung kasut berkenaan.

Perasaan sama dirasai oleh 97 peserta Ultraboost Light Run yang diadakan pada Sabtu lalu.

Lebih menarik larian sempena pengenalan rangkaian Ultraboost terbaharu iaitu adidas Ultraboost Light ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri inovasi kasut jenama berkenaan.

Larian sejauh 4 kilometer (km) di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur itu tidak begitu dirasai peserta-peserta kerana varian terkini ini mampu memberi pulangan tenaga yang cukup efisyen kepada pemakainya.

Selain itu Ultraboost Light juga mempunyai tahap responsif yang lebih jitu sesuai dengan keselesaan.

Inovasi yang dibawa dalam Ultraboost Light merangkumi 30 peratus lebih ringan ini cukup menepati keperluan pelari.

Bagi peminat Ultraboost sejak teknologi itu mula diperkenalkan 10 tahun lalu pasti menyedari tentang kemampuannya untuk berlari dalam jarak yang jauh.

Jika dibandingkan keluaran sebelum ini, walaupun tahap keselesaannya diperakui baik namun keberatannya dirasai sedikit mencabar.

Bagaimanapun, maklum balas dikumpul Adidas daripada peminat Ultraboost dan pelari-pelari menyaksikan lahirkan Ultraboost Light yang 30 peratus lebih ringan.

Komposisi yang diubah suai ini bersedia untuk memberikan keselesaan yang optimum kepada pelari.

Jadi tidak hairanlah jika Ultraboost Light diperkaya dengan ciri-ciri yang boleh membantu anda menjadi yang terbaik sama ada untuk memperbaiki rekod terbaik peribadi ataupun mengejar podium bagi acara larian.

Untuk membawa pelari merasai pengalaman yang lebih baik, Ultraboost Light didatangkan dengan teknologi yang diperbaharui seperti L.E.P (Linear Energy Push) terkini bagi memberikan tahap respon lebih optimum, PRIMEKNIT+ upper yang lebih selesa dan ruang bernafas serta tapak Continental yang baharu.

Bersempena meraikan ulang tahun ke-10 teknologi BOOST, adidas memperkenalkan versi edisi khas dengan warna hitam bersama perincian hitam dan kuning.

Ultraboost Light ini turut dilancarkan dalam warna putih, menampilkan perincian merah suria dan hitam teras berharga RM869.

Ia boleh didapati di semua oulet adidas atau layari laman web rasmi jenama berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya