Nadiya Nisaa antara contoh pelakon yang berdiri atas kekuatan bakat sendiri. Ia terbukti dengan persembahan lakonan berkelas tinggi yang sering disajikan pelakon ini dalam setiap filem dan drama yang dijayakan. Namun, pelakon berusia 37 tahun ini tidak pernah menafikan, bakat yang dianugerahkan Ilahi itu juga perlu seiring dengan ilmu. Meskipun kredibilitinya sebagai pelakon sudah diakui, Nadiya tidak segan mengakui, dia masih belajar dan sentiasa berusaha menggali ilmu lakonan. Kata pelakon Imaginur itu, dia sentiasa mencari guru yang dapat membantu menambah baik dan menyerlahkan lagi bakat lakonannya. “Buat masa sekarang, saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya