Sengatan obor-obor bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Selain sangat menyakitkan, dalam sesetengah kes kronik ia berupaya mengundang maut kepada mangsa. Permasalahan ini antara menjadi kegusaran ketika berkunjung ke pantai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Namun, masalah yang membelenggu itu mungkin dapat diselesaikan tidak lama lagi apabila sekumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) serta seorang Pegawai Sains Kanan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sedang giat membangunkan satu aplikasi mengesan obor-obor. Peserta projek, Teoh Hwai Leng berkata, pembangunan model ramalan untuk mengesan kehadiran obor-obor di Pulau Pinang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya