Serunai daun kelapa merupakan sejenis alat muzik tradisional yang dimainkan kanak-kanak dan remaja zaman dahulu. Sejajar pembangunan semasa, alat muzik ini kian hilang dari radar pemikiran generasi abad ke-21. Ia diperbuat dari daun kelapa berbentuk tanduk, menjadikan serunai daun kelapa serumpun dengan tetuang tanduk kerbau. Adiguru alatan tetuang, Rozali Abdul Rani, 49, berkata, serunai daun kelapa terhasil dari tuntutan dan pemikiran masyarakat silam berhubung ilmu bunyi. “Penghasilannya dipengaruhi interaksi alam sekeliling, sekali gus memenuhi tuntutan rohani dan jasmani generasi terdahulu sebagai hiburan dan komunikasi. “Dalam ilmu perang di hutan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya