Sinema tempatan terus dihangatkan dengan tayangan filem masyarakat, Duan Nago Bogho karya pengarah hebat, Sabri Yunus. Selepas lama diperam, sejak negara berdepan pandemik, filem yang menelan kos pembikinan RM2 juta ini akhirnya menemui penonton di panggung mulai esok. Duan Nago Bogho sarat nilai estetika apabila mengangkat seni persembahan Mak Yong sebagai medium untuk mengetengahkan pelbagai isu sosial seperti gengsterisme, kekeluargaan, budaya dan kemasyarakatan. Sabri atau nama sebenarnya, Mohd. Sabri Yunus, 61, meminjam seni tersebut untuk mencorakkan kritikan sosial dalam filem tersebut. “Saya tidak mahu terlalu menekankan aspek Mak Yong kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya