TIDAK adil untuk merumuskan industri perfileman cenderung menganaktirikan penggunaan loghat atau dialek kenegerian dalam naskhah di layar perak. Bukan tiada langsung, cuma mungkin tidak banyak yang dikomersialkan. Jumlahnya barangkali boleh dibilang dengan jari, malah ada kala sekadar diselitkan dalam lontaran dialog watak tertentu sesebuah karya. Tidak ramai penerbit berani menanggung risiko kerana khuatir ia tidak dapat dijual, apatah lagi mengaut untung. Bagaimanapun, apabila ada penerbit yang mula berani memecah tanggapan stereotaip kononnya ‘filem dialek tidak boleh jalan’, ia bagaikan menyuntik harapan baharu dalam perjuangan anak seni yang berusaha mengangkat nilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya