Akui tersuka Aliff Aziz - Pelakon wanita terima amaran Bella Astillah - Utusan Malaysia

Akui tersuka Aliff Aziz – Pelakon wanita terima amaran Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Ini satu amaran. Jangan ganggu suami saya.”

Itu penegasan penyanyi, Bella Astillah terhadap seorang pelakon wanita yang didakwa cuba menganggu keharmonian rumah tangganya dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Dedah Bella, dia sudah menghubungi pelakon tersebut dan meminta agar menghentikan perbuatan tersebut, namun wanita itu masih cuba untuk ‘bersahabat’ dengannya.

“Tujuh kali missed call di telefon Aliff, bila saya periksa rupanya nombor pelakon itu. Saya tidak nampak apa sebab dia perlu telefon suami orang berkali-kali. Saya cukup marah.

“Bila saya telefon dan hantar pesanan, dia mengaku tersuka suami saya. Dia minta maaf atas kebodohannya. Tetapi, dia cuba menghantar pesanan kepada saya untuk menjadi kawan. Untuk apa nak berkawan dengan saya?

“Kejadian ini saya tidak boleh hadam. Dia bukan baru dalam industri, malah tahu apa yang pernah terjadi antara saya dan Aliff. Sepatutnya dia sedar,” dakwa Bella.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia sudah berbincang dengan suaminya berhubung tingkah laku pelakon wanita tersebut dan memberi syarat untuk mereka tidak lagi berlakon bersama.

“Mestilah saya tanya Aliff. Saya pesan, dia kena jaga reputasi. Orang sudah terima perubahan dirinya. Ramai doakan kami, tetapi saya tetap berwaspada. Saya tahu siapa suami saya.

“Saya juga sudah letakkan syarat untuk dia tidak lagi berlakon dengan pelakon wanita tersebut. Dia bersetuju, malah ada mengajak saya ke set penggambaran jika perlu,” katanya.

Ditanya adakah Bella sudah memaafkan pelakon tersebut, ibu kepada dua anak itu hanya menggelengkan kepala.

“Saya manusia biasa, jadi biar masa menentukan. Bila jadi perkara ini, terasa betapa kecilnya saya sampai dia tidak hormat saya sebagai wanita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya