8 tahun, masih berdua - Siti Elizad - Utusan Malaysia

8 tahun, masih berdua – Siti Elizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Lapan tahun perkahwinan. Pelbagai cabaran kita lalui bersama. Matahari akan bangkit semula dan kami akan cuba lagi (bayi).”

Demikian luahan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang mengundang rasa sedih peminat selepas memuat naik gambar bersama suaminya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

“Selamat ulang tahun perkahwinan kelapan sayang. Masih berdua. Masih bercinta. Masih berbulan madu.

“Hampir sedekad, tetap tenang dan tersenyum. Yakin dengan takdir-Mu lebih baik daripada apa yang kami inginkan.

“Kuatkan kami untuk memahami semua ini sebagai anugerah-Mu yang terindah,” katanya.

Rata-rata peminat memohon yang terbaik untuk pasangan tersebut dan mendoakan pelakon berusia 38 tahun itu serta suami terus bersabar menantikan cahaya mata selepas lapan tahun berumah tangga.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun sama.

Malah, pelakon itu juga berkongsi percubaan kedua menerusi kaedah rawatan sama sekitar Mac tahun lalu, namun tidak berhasil.

Elizad dan Shamsul Baharin Rahman selamat diijab kabulkan pada 11 Januari 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya