Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi. Jika dilihat kembali seleksi dekorasi kediaman yang telah dibawakan sepanjang tahun ini, elemen moden antara yang menjadi pilihan ramai dalam menata rias kediaman. Malah, menurut Pengasas Adha Interior Design Studio, Adil Hakim Mohamad Jamal, pengaruh modenisasi dalam ruangan memberi impak kepada pemilihan warna yang cenderung kepada warna asas. Antaranya warna hitam, putih, kelabu dan sedikit warna tambahan seperti coklat dan sentuhan rona kayu. Namun, katanya, dia menjangkakan trend itu bakal mengalami perubahan pada 2023. “Untuk 2023, saya menjangkakan warna terang dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya