Puteri Sarah dakwa Syamsul, Ira Kazar nikah di Thailand - Utusan Malaysia

Puteri Sarah dakwa Syamsul, Ira Kazar nikah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polemik rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof terus mencetuskan kehangatan apabila wanita tersebut mendakwa suaminya sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Puteri Sarah berkata, dia menerima pelbagai soalan berhubung desas-desus tersebut dan dengan sinis mempersoal tindakan Syamsul yang mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Ramai tanya saya pasal pernikahan mereka. Sebagai isteri, saya wajib taat kepada suami tetapi suka ke kalau dapat tahu mereka berkahwin di Thailand?

“Selepas itu, tak mengaku pula. Nak saman JAWI? Sudah betul-betul pasti ke? Jangan terbalik pula jadinya nanti. Saya tanya sahaja.

“Okay, nak sambung makan popcorn Disneyland, popcorn sini sedap,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story.

Pelakon itu yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun bersama anak-anaknya sebelum ini, memberitahu beberapa kali menerima mesej yang mendakwa Syamsul dan Ira dikatakan sudah mendirikan rumah tangga.

“Saya tak kuasa ambil peduli, sebab anggap cerita kahwin itu hanya spekulasi. Tetapi bila semakin hangat diperkatakan, saya juga semakin banyak mendapat mesej langsung.

“Ramai yang kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.

“Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Namun, saya tidak terkejut kalau Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” ujarnya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya