SELURUH pasukan produksi Mechamato Movie mampu tersenyum dengan kejayaan filem animasi tersebut yang setakat ini merekodkan jumlah kutipan memberangsangkan, iaitu RM10 juta selepas enam hari ditayangkan di 150 pawagam seluruh negara. Pencapaian tersebut membuktikan filem animasi tempatan kekal mendapat tempat istimewa di hati penonton dan mampu bersaing dengan filem antarabangsa yang turut menerjah pawagam. Ramai pengkritik dan pencinta filem berteka-teki, apakah formula diguna pakai Animonsta Studios atau Monsta sehingga berjaya meyakinkan penonton untuk ke pawagam. Menjawab pertanyaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta yang juga pengarah dan penulis filem animasi itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya