Ejen Ali Musim 3 menang Program Animasi 3D Terbaik, Asian Television Awards - Utusan Malaysia

Ejen Ali Musim 3 menang Program Animasi 3D Terbaik, Asian Television Awards

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siri Ejen Ali Musim 3 meraih pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai Program Animasi 3D Terbaik pada kemuncak Asian Television Awards ke-27 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.

Pencapaian itu menyaksikan siri animasi itu bakal menutup tirai 2022 dengan bergaya apabila tidak hanya ditonton peminat dalam negara, malah popularitinya turut menjalar di rantau Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pencapaian ini adalah sesuatu yang harus diraikan, malah mereka sangat teruja dengan kejayaan yang dicipta Ejen Ali Musim 3.

“Sokongan peminat tegar animasi ini menyuntik semangat pasukan kreatif kami untuk terus bekerja keras dan menghasilkan idea lebih menarik.

“Terima kasih tidak terhingga kepada WAU Animation dan Disney+ Hotstar kerana memberi peluang untuk berkolaborasi dan meluaskan lagi platform Ejen Ali Musim 3. Teruskan  sokongan kepada industri animasi tanah air.” katanya.

Khairul Anwar berkata, mereka juga berbangga apabila dua lagi program turut tercalon dalam Asian Television Awards ke-27 iaitu My Dream My Wish siaran 8TV bagi Drama atau Telemovie ‘Single’ Terbaik dan Women Talk bagi Program Bual Bicara Terbaik (TV3).

Ejen Ali Musim 3 ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun lalu dan merupakan kesinambungan bagi Ejen Ali: The Movie.

Jalan ceritanya lebih mendalam apabila Ejen Ali terpaksa meneruskan tugasnya di Arena MATA tanpa alat peranti IRIS. Tekad untuk mengikut jejak langkah ibunya sebagai juara, Ali berdepan cabaran menentang ejen antarabangsa yang licik dan berdaya tahan.

Pada masa sama, kumpulan jahat Numeros kembali untuk menjatuhkan MATA dan bandar raya futuristik, Cyberaya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya