Alvin Chong raih anugerah di Filipina - Utusan Malaysia

Alvin Chong raih anugerah di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong mengukuhkan posisinya dalam industri hiburan apabila merangkul anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Digital pada Anugerah Televisyen Asia Ke-27 yang berlangsung di Manila, Filipina, baru- baru ini.

Alvin merangkul anugerah tersebut menerusi lakonannya sebagai Ashraff dalam drama bersiri, She Was Pretty yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan.

Dia menundukkan pesaing hebat, termasuk Izzue Islam dan pelakon Indonesia, Giulio Parengkuan yang turut bertanding dalam kategori tersebut.

Alvin dalam kenyataan yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia meluahkan perasaan syukur atas kemenangan itu.

“Saya gementar apabila ditawaran untuk berlakon drama tersebut kerana watak diberikan berlainan dengan karakter pernah saya bawakan sebelum ini.

“Tidak dinafikan, saya agak tertekan untuk melakonkan watak itu. Tambahan pula, Choi Si-won mempamerkan mutu persembahan yang sangat baik dalam drama tersebut.

“Terima kasih kepada ATA (Anugerah Televisyen Asia) untuk penghargaan ini. Tidak dilupakan juga kepada VIU dan Independent Pictures atas kepercayaan yang diberikan untuk menjayakan watak tersebut,” katanya.

She Was Pretty versi tempatan turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle serta Daniella Sya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya