Penghasilan karya seni boleh memberi ketenangan serta memperbaiki mood seseorang. Aktiviti seperti melukis, mewarna dan mengukir bukan sahaja mengurangkan tekanan dan kelakuan impulsif, malah turut meningkatkan daya tumpuan individu. Melihat keberkesanan dan manfaatnya, tidak hairan apabila teknik itu diaplikasikan dalam kalangan banduan di penjara. Selain menyelesaikan masalah emosi mereka di sebalik tirai besi, terapi seni turut mengembangkan kemahiran interpersonal, menambah keyakinan diri di samping membantu pengurusan tingkah laku dan stres banduan. Pegawai psikologi Penjara Kajang, Shamshinar Ahmad Basir, 39, berkata, terapi seni membolehkannya meneroka masalah peribadi klien bagi tujuan rawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya