“KALAU takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan.” Kata-kata itu pernah dilaungkan sosok politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa peristiwa Reformasi 1998 sehingga menjadi tumpuan seluruh dunia. Kalimat itu juga diulang pelakon, Farid Kamil ketika ditanya media mengenai penglibatannya dalam filem biopik berkaitan tokoh politik tersebut, Jalan Masih Panjang terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment. Bagi Farid, ini adalah risiko perjuangannya dalam mencabar kemampuan sebenar sebagai pelakon. Barangkali juga risiko yang pada fikirannya memberi kesan terhadap periuk nasinya, tetapi sebaliknya mungkin menjadi pembuka rezeki untuk mengukuhkan nama di pentas antarabangsa. Semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya