Norman Hakim tak halang anak masuk bidang seni

Norman Hakim tak halang anak masuk bidang seni

Norman Hakim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Norman Hakim, 46, tidak pernah menghalang anaknya, Mohamed Danish Hakim, 19, dan Marissa Dania Hakim, 17, mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni.

Malah, kata Norman, dia menggalakkan mereka memasuki bidang tersebut bagi mencari pengalaman, selain mendapat pendedahan mengenai realiti industri hiburan.

“Biar mereka belajar dan timba pengalaman dalam bidang ini. Cuma, nasihat saya apabila sudah melangkah masuk, teruskan.

“Saya yakin, jika disertakan minat dan kesungguhan, mereka dapat membina nama atas bakat sendiri. Itu yang saya ingin lihat. Insya-Allah mereka boleh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan perlantikannya sebagai duta produk baru, Ecolite.

Mengulas lanjut, Norman memaklumkan, Danish dan Marissa sudah dirisik penerbit yang menawarkan mereka peluang berlakon.

Bagaimanapun, pelakon filem Pasrah itu menyerahkan segala keputusan dan hala tuju perancangan anak-anaknya di tangan mereka.

“Danish pernah menyertai program Fit For Action yang disiarkan TV3, baru-baru ini. Dia sendiri tidak jangka akan terpilih.

“Marissa pula mempunyai perancangan untuk mendalami bidang kecantikan. Dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lama lagi.

“Biarlah dia habiskan pelajaran dulu, kita tengok nanti bagaimana,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya