Najwa Latiff kini isteri Akwa Arifin - Utusan Malaysia

Najwa Latiff kini isteri Akwa Arifin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap yang juga sahabat baiknya, Akwa Arifin pada majlis pernikahan yang dijalankan  secara tertutup, pagi tadi.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Batu Pahat, Johor, kira-kira pukul 8.30 pagi dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Pengurusnya, Azahari Jaafar berkata, pada majlis itu, Akwa, 30, menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama lengkapnya, Imratul Najwa Abdul Latif, 27.

Azahari memaklumkan, Najwa mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan majlis pernikahannya lebih awal dan hanya sedia berkongsi selepas dia dan pasangannya selamat disatukan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik seperti dirancang dan mereka sedia berkongsi berita gembira tersebut selepas upacara pernikahan selesai,” katanya.

Najwa dan Akwa seterusnya diraikan pada majlis resepsi di kampung halamannya, selepas solat Jumaat.

Azahari juga memaklumkan, Najwa akan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan pensyarah di sebuah universiti, meskipun sudah bergelar isteri.

“Perjalanan kariernya tetap seperti dahulu. Jika ada tawaran menyanyi, Najwa tiada masalah untuk memberikan komitmen,” jelasnya.

Najwa dan Akwa sebelum ini pernah berkolaborasi menerusi dua single iaitu Dua dan Tak Kisah Pun.

Pasangan ini pernah digosipkan bercinta, namun memilih untuk tidak mengesahkan perkara itu secara terbuka kepada umum.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya