Kostum ulat Heidi Klum jadi perhatian - Utusan Malaysia

Kostum ulat Heidi Klum jadi perhatian

KOSTUM aneh digayakan Heidi Klum membuatkan ramai hampir tidak mengenalinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan peragawati terkenal, Heidi Klum, sekali lagi menjadi perhatian apabila mengejutkan ramai dengan tampil menggayakan kostum ulat ketika menghadiri sebuah acara di New York, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Menurut laporan media antarabangsa, Klum hampir membuatkan ramai gagal mengenalinya berikutan kostum yang dipakai itu benar-benar kelihatan aneh.

Klum ketika ditemu bual memaklumkan, dia mengambil masa selama dua tahun merancang dan mencipta kostum tersebut bersama pasukan khas di belakangnya.

“Saya suka buat sesuatu di luar jangkaan. Jadi, saya cuba fikirkan kostum apa paling aneh, pada masa sama menarik.

“Saya mahukan elemen menakutkan, mungkin menjengkelkan dan mengarut pada mata serta pandangan orang. Saya berterima kasih kepada jurusolek, Mike Marino dan pasukannya, Prosthetic Renaissance.

“Walaupun saya lontarkan idea merepek, mereka tetap buat. Saya mahu jadi apa sekalipun, dia akan jawab ‘tiada masalah’,” katanya.

Ditanya mengapa tampil dengan kostum ulat, Klum menjawab, dia cuma mahu melakukan transformasi yang diingati ramai.

“Ideanya sangat rambang. Lagipun, saya suka dengan ulat  yang berwarna tanah, kecoklatan dan merah jambu.

“Bagi saya, anatomi ulat itu sendiri menarik. Ulat pada mata manusia nampak ringkas, tetapi mereka ada banyak kelebihan,” katanya.

Sebelum ini, Heidi, pernah memukau peminat dengan menggayakan kostum watak animasi, Jessica Rabbit, rama-rama, watak Fiona dalam filem animasi Shrek, makhluk asing, termasuk membuat transformasi dirinya dalam versi tua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya