Beri peluang pelakon veteran lain juga - Tukiman Radion - Utusan Malaysia

Beri peluang pelakon veteran lain juga – Tukiman Radion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Tukiman Radion kesal dengan sikap sebilangan besar penerbit dan stesen televisyen (TV) yang tidak memberi peluang kepada pelakon veteran untuk membintangi produksi terbitan mereka.

Tukiman yang juga Presiden Persatuan Kebajilan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) berkata, ramai pelakon lama yang masih aktif dan memerlukan kerja untuk kelangsungan hidup.

“Ramai pelakon veteran yang masih mampu dan berkeinginan berlakon serta memainkan watak bersesuaian usia mereka.

“Bagaimanapun, mereka tidak diberi peluang apabila kebanyakan penerbit dan stesen TV sering menawarkan kerja kepada pelakon (veteran) sama.

“Saya bersimpati dengan nasib pelakon ini kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan hasil kerja lakonan untuk menampung kehidupan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Program Santai Pelancongan Seni Di Langkawi dan Malam Amal Artis Veteran PKAVM, baru-baru ini.

Susulan itu, Tukiman menyeru penerbit dan stesen TV agar tidak meminggirkan pelakon veteran dan membuka lebih banyak peluang kerja kepada mereka.

“Pelakon veteran tidak ramai dapat melakukan kerja lain kerana faktor usia. Tidak mungkin mereka diambil bekerja dalam bidang lain. Mereka ada melakukan perniagaan kecil-kecilan, namun pendapatan diraih tidak seberapa.

“Jadi, saya harap pihak berkenaan tidak hadkan peluang kepada artis yang sama, sebaliknya tawarkan juga kerja kepada pelakon veteran lain,” katanya lagi.

Tukiman juga menolak persepsi sebilangan kecil penerbit yang beranggapan, pelakon veteran tidak mampu bekerja kerana faktor usia.

Katanya, kebanyakan pelakon lama komited dan masih mampu memberikan hasil kerja terbaik meskipun umur mereka sudah lanjut.

“Isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana sebagai pelakon, tidak kira muda atau berusia, mereka kena memberikan hasil kerja terbaik.

“Pelakon lama kebanyakannya komited dan akan memberikan hasil kerja seperti yang diinginkan pengarah atau penerbit.

“Jadi, saya harap pengarah, penerbit dan stesen TV tidak mensia-siakan bakat pelakon lama. Gunalah khidmat mereka yang masih berkeinginan untuk berlakon,” rayunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya