Berhati-hati, semak latar belakang supaya tidak tertipu - Zed Zaidi - Utusan Malaysia

Berhati-hati, semak latar belakang supaya tidak tertipu – Zed Zaidi

ZED Zaidi meminta penggiat seni berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi meminta penggiat seni supaya berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu latar belakang mana-mana syarikat yang tampil menjanjikan pemberian rumah kepada mereka.

Zed berkata, ia penting bagi mengelakkan golongan artis menjadi mangsa penipuan didalangi sindiket yang cuba memperalatkan mereka untuk kepentingan diri.

“Seniman sudah lama memperjuangkan isu perumahan untuk artis sejak 2012 lagi. Berdasarkan pengalaman, hanya urusan yang dilakukan dengan kerjasama jabatan kerajaan  yang berjaya dilunaskan. Hasilnya, sehingga kini sudah 37 unit rumah diberikan kepada artis yang layak.

“Sesiapa sahaja boleh mendakwa mereka dapat menawarkan rumah, sedangkan prosesnya terlalu rumit dan tidak semudah yang dikatakan. Ia memerlukan pelbagai dokumen penting, contohnya penyata gaji. Sedangkan pelakon atau penyanyi, kebanyakan tidak mempunyai dokumen tersebut kerana bekerja sendiri.

“Apa yang dapat saya katakan, proses permohonan dan pemilikan rumah untuk artis bukan mudah. Jadi, berhati-hatilah dan semak latar belakang mana-mana syarikat yang menjanjikan rumah untuk artis,” ujarnya.

Zed mengulas berkenaan modus operandi segelintir pihak yang mendakwa diri sebagai pemaju yang menggula-gulakan artis dengan janji kosong untuk menjerat mereka dengan pelbagai tawaran menarik.

Mengulas lanjut, Zed berkata, dia faham segelintir artis terdesak memiliki rumah sebagai tempat perlindungan yang terjamin.

Bagaimanapun katanya, ada baiknya mereka mengkaji dan menyelidik tawaran, terutama pihak yang mencurigakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

“Saya tidak salahkan artis apabila terjebak dengan pihak yang menjanjikan tawaran seperti itu. Cuma, saya berharap mereka lebih berhati-hati.

“Seniman pernah ‘terkena’ ketika berurusan secara langsung dengan pihak yang menggelar diri mereka pemaju. Modus operandi mereka sama, cuma cara pelaksanaan sahaja berbeza.

“Sekarang zaman penipuan, lebih-lebih lagi di Internet dan media sosial. Jadi, berhati-hatilah,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya