Ahmad Idham fokus mantapkan aktiviti pelancongan, ekonomi PD - Utusan Malaysia

Ahmad Idham fokus mantapkan aktiviti pelancongan, ekonomi PD

AHMAD Idham bakal berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk P. Kamalanathan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Port Dickson pada PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemantapan aktiviti pelancongan adalah antara aspek yang diperjuangkan pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sekiranya memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Ahmad Idham, dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut penting bagi mewujudkan kestabilan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Kestabilan ekonomi adalah penyelesaian permasalahan utama di sini. Menggencarkan aktiviti pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam serta menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas merupakan antara perjuangan utama saya,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ahmad Idham sah bertanding atas tiket parti Gerakan Tanah Air (GTA) untuk merebut kerusi Parlimen Port Dickson.

Beliau akan berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dan Datuk P. Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).

Ahmad Idham yang juga Presiden Briged Prihatin dalam kenyataan sama meluahkan perasaan syukur kerana diberi kepercayaan mewakili parti tersebut dalam PRU15.

“Saya sentiasa berpegang kepada bicara gerak kerja lebih bermakna berbanding hanya ungkapan kata-kata.

“Saya akan menggalas tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan, meneruskan gerak kerja yang telah saya mulakan dengan lebih luas.

“Ia bukan hanya menfokuskan kepada komuniti istimewa semata-mata, sebaliknya turut menyasarkan kepada seluruh rakyat dan penduduk di Port Dickson,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya