MALAM yang penuh dengan emosi dan buaian nostalgia. Mungkin itu yang dapat digambarkan mengenai Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Menyaksikan hampir 2,000 peminat hadir berkumpul, suasana kali ini sedikit berbeza. Peminat tidak sekadar datang berkumpul untuk menikmati muzik dan alunan gemersik suara Zamani. Penyatuan mereka pada malam itu sarat dengan kasih dan sayang, selain keikhlasan mendoakan penyanyi berusia 51 tahun itu yang bakal menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung atau Skoliosis yang dialaminya. Itu juga menjadi hajat Zamani yang sedari awal memberitahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya