Sweet Qismina sah milik Adam Lee - Utusan Malaysia

Sweet Qismina sah milik Adam Lee

ADAM Lee dan Sweet Qismina selamat disatukan sebagai suami isteri pukul 10.40 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas tiga tahun menyulam cinta, pasangan pelakon, Adam Lee, 27, dan Sweet Qismina, 25, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkah Imam Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak merangkap Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohamad Khairin Hussein, berwalikan abang kandung pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi.

Upacara pernikahan itu turut disaksikan bapa saudara pengantin perempuan iaitu Subardi Mohamad dan Ismail Atan.

Pada majlis tersebut, Sweet atau nama sebenarnya, Farhana Qismina Supandi menerima mas kahwin berjumlah RM2,410.97 dan lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Jumlah mas kahwin itu dipilih sebagai simbolik sempena tarikh kelahiran Sweet.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 dan memilih tarikh sama untuk mengukir perjalanan baharu sebagai suami isteri.

Sweet dan Adam mula rapat pada Oktober 2019 selepas membintangi drama Adam Chempaka yang disiarkan menerusi TV3.

Adam dalam temu bual sebelum ini mengakui, tertarik dengan keperibadian Sweet yang disifatkannya sebagai wanita yang baik dan bijak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya