Standard tersendiri Search untuk konsert di Pulau Pinang, Johor - Utusan Malaysia

Standard tersendiri Search untuk konsert di Pulau Pinang, Johor

SEARCH bakal menggegarkan Pulau Pinang dan Johor pada Disember serta Januari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas mencatatkan kejayaan memberangsangkan ketika konsert Search Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, Jun lalu, legenda rock tanah air itu bakal meneruskan kembara mereka di Pulau Pinang dan Johor.

Kid selaku gitaris kumpulan itu berkata, konsert tersebut bakal menjanjikan kelainan, termasuk menyenaraikan lebih 20 lagu untuk dipersembahkan bagi memberi kepuasan kepada peminat.

Jelasnya, konsert di Kompleks Campbell menjadi penanda aras untuk penganjuran di lokasi lain supaya momentum kepuasan peminat dapat dipertahankan.

“Selain itu, spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi juga mesti mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik lagi.

“Kami menitikberatkan piawaian ini selaras dengan nama Search yang cukup berpengaruh selama empat dekad dalam genre rock,” katanya.

Kid berkata, peminat juga berpeluang menikmati ‘standard’ Search yang tersendiri, baik dari segi kualiti bunyi dan penataan cahaya kerana ia dikendalikan jurutera yang cukup berpengalaman.

Selain Kid, Search turut membariskan Denden Gonzalez selaku penyanyi, Noordin (gitaris), Yan (bass) dan Minn (pemain dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus.

Konsert di Pulau Pinang bakal berlangsung di Rockin’ Arena, Penang Spice Arena, Bayan Baru, pada 24 Disember depan, manakala pusat beli belah Aeon Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pula dijadualkan pada 28 Januari tahun depan.

Tiket berharga RM148 dan RM268 akan dijual mulai minggu depan menerusi laman sesawang: www.fenomenasearch.com. Pembelian secara fizikal pula boleh dibuat di kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya