Siti Nurhaliza harap Zamani selamat jalani pembedahan - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza harap Zamani selamat jalani pembedahan

SEBAGAI rakan artis, Siti Nurhaliza turut mendoakan urusan pembedahan Zamani berjalan lancar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap penyanyi, Zamani akan selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung yang dijadualkan awal bulan depan.

Penyanyi nombor satu negara itu berkata, ia bukan harapannya seorang, malah rakyat Malaysia, khususnya peminat setia vokalis kumpulan Slam tersebut turut mendoakan perkara yang sama.

“Sebagai rakan artis, saya dan kita semua pasti mendoakan dia dipermudahkan segala urusan serta diberi kesembuhan daripada sakit yang dialami dengan segera.

“Semoga dia akan dapat kembali beraksi dan memeriahkan industri seni tempatan seperti dahulu,” katanya selepas sidang akhbar ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cindai dan Jerat Percintaan itu bakal menjayakan persembahan eksklusif buat peminatnya di selatan tanah air pada 18 dan 19 November depan.

Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya, Zamani Ibrahim, 51, dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit skoliosis, yang dideritainya sejak 2015 itu pada awal bulan depan.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya bersyukur apabila pihak hospital memberi jaminan peluang untuk dia kembali sembuh selepas pembedahan itu dibuat.

Sementara itu, berhubung penganjuran persembahan tersebut, Siti Nurhaliza yakin ia akan berjalan lancar, walaupun terdapat kemungkinan banjir dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Perancangan persembahan yang kita buat adalah berdasarkan perbincangan. Sekiranya ada sebarang pertukaran atas sebab-sebab tidak dijangka sama ada PRU15 atau banjir, itu di luar bidang kuasa kita.

“Saya percaya, Persada Johor selaku penganjur ada pelan sekiranya berlaku apa-apa, tetapi rasanya persembahan tidak akan terjejas. Cuma, mungkin jika jatuh pada hari mengundi atau lain-lain perkara, kita faham dan akan ada pilihan kedua,” jelasnya lanjut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya