Saya tak kaya, cuma ikut pesan orang tua - Amaris - Utusan Malaysia

Saya tak kaya, cuma ikut pesan orang tua – Amaris

AMARIS didik diri untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan, Putra Amaris, 37, percaya antara formula rezekinya mudah mengalir adalah menerusi usahanya menggembirakan anak yatim, tahfiz dan golongan asnaf.

Menurut Amaris, berkongsi rezeki dengan golongan itu menjadi antara amalan arwah bapanya dan kini, dia sedaya upaya cuba meneruskan legasi itu.

“Saya tidaklah banyak berlakon sangat, tetapi rezeki dalam cabang lain sentiasa ada. Saya tidak tahu nak cakap apakah ia rahsia atau formula kejayaan, tetapi mungkin ini kurniaan Allah SWT apabila saya selalu berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Pertama, saya harus bersyukur dengan apa yang diberikan-Nya. Pada masa sama, saya juga bantu orang lain dengan berkongsi rezeki. Saya tidaklah kaya, tetapi saya yakin apa yang Allah beri ini adalah rezeki yang saya boleh kongsikan bersama orang lain.

“Dalam apa juga pekerjaan yang saya buat, saya akan teringat mereka yang susah. Bukan hanya saya, tetapi juga pasukan saya yang turut bergerak membantu orang  ramai. Bantuan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga keperluan lain seperti berkongsi makanan,” katanya.

Amaris yang ditemui pada sesi Meet & Greet Bersama Putra Amaris sempena pelancaran Amaris Diamond Tea, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini berkata, sejak kecil, dia sudah terbiasa melihat bapanya menjadikan amalan berkongsi rezeki sebagai rutin.

“Kalau ada masa, saya akan pergi ke rumah anak yatim untuk melayani mereka makan. Bagi saya, ia menyuntik ketenangan yang luar biasa.

“Arwah ayah selalu buat perkara itu dan saya cuba teruskan bersama pasukan Dapur Pasak. Alhamdulillah, Allah hadirkan saya dengan persekitaran bersama orang yang hebat.

“Pasukan saya ini ada yang datang dari luar Kuala Lumpur, tetapi sanggup berkampung seminggu untuk menjayakan program infak,” katanya.

Amaris turut terbabit dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Dapur Pasak menjayakan projek Peti Sejuk bagi memenuhi keperluan harian golongan kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya