Saya masih boleh menyanyi - David Arumugam - Utusan Malaysia

Saya masih boleh menyanyi – David Arumugam

SOKONGAN peminat memberikan David semangat untuk terus menjadi penghibur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pada usia menjengah 72 tahun, legenda muzik tanah air, Datuk David Arumugam masih mampu mempamerkan persembahan terbaik apabila terus aktif menerima pelbagai tawaran persembahan.

Bersyukur dianugerahkan Tuhan kesihatan yang baik, David berkata, sambutan luar biasa peminat yang membesar dengan lagu nyanyiannya bersama Alleycats memberikan dia semangat dan kekuatan untuk meneruskan minatnya itu.

David berkata, dia juga terharu kerana jenama kumpulan  yang popular dengan lagu Senandung Semalam itu masih utuh dan kekal mendapat kepercayaan penganjur untuk beraksi di pentas.

“Saya masih boleh menyanyi tanpa masalah, malah kesihatan diri juga berada pada tahap baik.

“Saya kini menetap di Shah Alam, Selangor dan urusan jadual persembahan pula dikendalikan pengurus yang sedia maklum keperluan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Absolut Music Festival di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, semalam.

David yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang berkata, kebanyakan lagu mereka yang dihasilkan Datuk M. Nasir masih melekat dalam ingatan peminat dan kekal malar segar.

Katanya, sebagai penyanyi, dia hanya perlu menjiwai lagu tersebut dan menyampaikan dengan penuh perasaan serta penghayatan ketika membuat persembahan.

“Apabila membuat persembahan, lirik akan diletakkan di depan saya sebagai panduan, selain membantu memastikan saya dapat mengikut tempo dengan betul,” katanya.

Alleycats yang menghasilkan lebih 20 album pernah kehilangan ahlinya, A. Loganathan yang meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru pada 2007.

Antara album yang  mereka hasilkan, termasuk Terima Kasih (1978), Penyanyi (1979), Dapatkah (1980), Alleycats 7 (1983), Sampaikan Salam (1986) dan Alleycats 2001 (2001).

David mewakili Alleycats yang bakal mengadakan persembahan di Absolut Music Festival di Bandar Malaysia, Sungai Besi, bulan depan. Selain Alleycats, kumpulan legenda rock, Search turut diundang menyerikan penganjuran festival selama tiga hari tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya