Industri nasyid tanah air yang pernah seketika dulu berkembang pantas, namun peralihan masa membuatkan genre itu semakin perlahan, meskipun pelapis baharu sentiasa muncul meneruskan perjuangan. Sebelum ini, kajian terperinci terhadap situasi tersebut tidak dilakukan sehingga penyanyi, penulis lirik dan komposer, Daqmie terpanggil untuk mengusahakannya ketika menerbitkan album yang menggabungkan beberapa kumpulan nasyid terkenal seperti Rabbani, Hijjaz, Mestica dan Inteam. Album berjudul Sahabat Selamanya yang dilancarkan, baru-baru ini menampilkan komposer, penerbit dan penulis lirik prolifik antaranya Datuk Habsah Hassan, Alfa Booty, Tam Spider, Ad Samad, Aidit Alfian, Baiduri, Halim Ahmad, Keon,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya