Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia

HISHAM Ahmad Tajuddin menghembuskan nafas terakhir pukul 4.30 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Allahyarham yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam sejak 29 September lalu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita duka itu telah dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd. Hisham, 26, sebentar tadi.

“Dengan rendah hati saya memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar, pukul 4.30 petang tadi.

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kongsinya.

Allahyarham yang menghidap kencing manis dan darah tinggi dirawat di HDW Shah Alam sejak 29 September lalu dan kesihatannya merosot selepas mengalami batuk berpanjangan sebelum disahkan mengalami jangkitan paru-paru.

Allahyarham Hisham dikenali menerusi filem antaranya Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988), selain drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya