Nyanyian teruk, saya marah Dina sebelum tahu bapanya tenat - Ramli MS - Utusan Malaysia

Nyanyian teruk, saya marah Dina sebelum tahu bapanya tenat – Ramli MS

RAMLI mengakui telah memarahi Dina yang hilang fokus pada sesi raptai GV9.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maestro muzik yang juga ketua juri Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, Datuk Ramli MS mendedahkan, dia memarahi Dina Nadzir yang hilang fokus sewaktu raptai sebelum dimaklumkan, bapanya sedang tenat.

Jelas Ramli, nyanyian Dina pada sesi raptai, malam Sabtu lalu agak teruk dan memarahi penyampai radio itu tanpa mengetahui dia sedang berdepan situasi getir.

“Saya jerit pada Dina kerana dia hilang fokus dan menyanyi seperti budak tadika. Saya tidak tahu Dina ada masalah yang menyebabkan dia hilang fokus.

“Saya jenis jarang marah, tetapi terpaksa berkeras dengan niat mahu mengajar. Saya terpaksa menaikkkan suara kepada peserta untuk memastikan mereka memberikan persembahan terbaik, termasuk Dina.

“Selepas tahu keadaan bapanya sedang tenat dan terpaksa balik ke Johor pada malam itu juga, saya segera minta maaf,” katanya.

Bapa Dina, Mohd. Nadzir Gulam, 64, menghembuskan nafas terakhir, pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat komplikasi paru-paru.

Difahamkan, Dina bersama-sama ahli keluarga sempat berada di sisi bapanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Penyampai Radio Sinar FM itu sepatutnya menyanyikan lagu Januari nyanyian asal Glenn Fredly pada minggu keenam GV9, namun diganti peserta wanita lain, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Tom.

Dalam konsert bertemakan Citarasa Antara Benua itu, Tomok mengungguli kedudukan pertama dengan markah 84 peratus menerusi lagu Everybody yang dipopularkan Backstreet Boys.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya