Nak jadi hero tak perlu kacak - Pekin Ibrahim - Utusan Malaysia

Nak jadi hero tak perlu kacak – Pekin Ibrahim

PEKIN lebih utamakan bakat berbanding paras rupa pelakon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Pekin Ibrahim tidak menyalahkan penerbit, Datuk A.Aida  yang cenderung mengutamakan rupa paras  dalam pemilihan pelakon untuk menjayakan sesebuah produksi.

Kata Pekin, A.Aida mempunyai sebab kukuh mengapa dia memilih untuk meletakkan pelakon tampan dan cantik sebagai daya penarik produksi terbitannya.

“Tidak dinafikan, penonton juga suka melihat pelakon yang cantik dan tampan. Seperti dia nyatakan, pemilihan pelakon perlu disesuaikan dengan watak.

“Tidak boleh salahkan dia sekiranya memilih pelakon ada rupa. Tetapi, tidak semestinya pelakon yang tiada rupa paras, tidak boleh jual. Ia bergantung kepada rezeki masing-masing,” katanya.

A.Aida mencetuskan kontroversi, baru-baru ini menerusi kenyataannya yang mengutamakan pelakon kacak dan cantik untuk terlibat dalam projek drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production.

Kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia itu menuai kritikan dan kecaman netizen, selain diselar penggiat seni  yang mempertahankan bakat mengatasi paras rupa.

Pekin yang juga penerbit, bagaimanapun memaklumkan, dia tetap mengutamakan bakat, selain pesona dalam diri seseorang pelakon untuk membintangi produksi yang diterbitkan syarikatnya.

“Saya tidak tekankan rupa paras, sebaliknya lebih mementingkan bakat. Untuk jadi hero, tidak semestinya kena kacak.

“Ia umpama kita meletak Amirul Afendi dan Merqeen bersebelahan. Amirul mungkin kurang kacak, tetapi ada pesona tersendiri. Merqeen  ada rupa dan drama lakonannya juga meletup.

“Industri perlukan orang berbakat. Ada rupa atau tidak, itu perkara kedua,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya