Momen indah Ernie, Syamel lunas konsert bersama - Utusan Malaysia

Momen indah Ernie, Syamel lunas konsert bersama

ERNIE bangga dapat melunaskan konsert sulung bersama suaminya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Momen yang sangat indah untuk saya”

Itu ungkapan yang diluahkan penyanyi, Ernie Zakri, 30, setelah impiannya untuk melaksanakan konsert akhirnya tercapai.

Pemilik nama sebenar, Nur Ernie Shahirah Zakri berkongsi pentas bersama suami tercinta, Syamel, 28, menerusi Konsert Aku Cinta yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.

Kata Ernie, dia bersyukur kerana penantian yang cukup lama untuk beraksi dalam sebuah konsert besar akhirnya menjadi kenyataan.

“Momen itu bertambah indah apabila saya berkongsi pentas dengan suami.  Masya-Allah, itu perkara yang sudah lama saya impikan.

“Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya apabila dapat sampai ke tahap ini. Akhirnya, saya dapat apa yang dicita-citakan.

“Diharapkan apa yang kami sampaikan diterima baik peminat. Kalau ada silap, kami buang jauh dan cuba perbaiki pada masa akan datang,” katanya yang ditemui selepas tamat konsert.

Persembahan Ernie dan Syamel diiringi lebih 13 pemuzik diketuai pengarah muzik tersohor, Aubrey Suwito.

Pasangan suami isteri itu menyampaikan lebih 16 lagu, termasuk lagu duet popular mereka antaranya Aku Cinta dan Goodbye Hello.

Sementara itu, Syamel memberitahu, dia dan Ernie pada awal khuatir sekiranya sambutan terhadap konsert mereka hambar, memandangkan lambakan persembahan lain dianjurkan dalam tempoh sama.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila ia mendapat sambutan luar biasa peminat  yang sanggup membeli tiket untuk menonton persembahan mereka.

“Kami risau memandangkan ini konsert sulung.  Awal dahulu, kami tertanya-tanya ada atau tidak orang akan datang tengok persembahan kami.

“Tidak sangka tiket habis dijual. Tuhan sahaja tahu reaksi kami apabila mengetahui perkara tersebut.

“Kami bersyukur atas sokongan luar biasa penonton dan amat menggembirakan apabila melihat dewan penuh,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya