Man Kidal akur diisytihar muflis - Utusan Malaysia

Man Kidal akur diisytihar muflis

MAN Kidal akur dengan ujian yang diterimanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuzik legenda, Man Kidal akur apabila diisytihar muflis gara-gara seorang rakan yang menggunakan namanya sebagai penjamin gagal melunaskan bayaran pembelian sebuah kereta.

Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood memaklumkan, dia mendapat tahu tentang perkara itu selepas menerima notis bankrupsi daripada mahkamah.

“Dalam notis tersebut, saya diarahkan melunaskan separuh daripada bayaran penuh berjumlah RM340,000 untuk membersihkan nama. Memang tidak sangka ia berlaku dan saya perlu buat surat menyatakan komitmen untuk membayar setiap bulan seperti yang ditetapkan.

“Dua minggu lalu saya hadir ke Jabatan Insolvensi untuk memohon kelonggaran bagi melepaskan saya ke Jakarta membuat persembahan sempena konsert Kolaboraci Three To Rock, bulan depan.

“Saya masih menunggu maklum balas daripada pihak mereka. Salah saya kerana terlalu mempercayai orang. Selepas dijangkiti Covid-19 dan menjalani pembedahan, ini satu lagi ujian besar yang perlu saya hadapi ,” katanya pada sidang media konsert Kolaboraci di ibu negara, semalam.

Konsert tersebut menggabungkan nama besar pemuzik tiga negara, termasuk anggota kumpulan XPDC, Lola, Cliff Umar mewakli Malaysia, selain vokalis Love Hunters (Singapura) dan kumpulan BIP, Pindad Rock Star dan Erik & The Gotune (Indonesia).

Pada sidang media tersebut, Man turut berkongsi keadaan kesihatannya yang  sering berdepan masalah cepat letih, terutama selepas dijangkiti wabak berkenaan.

Katanya, keadaan tersebut membuatkan dia sentiasa berjaga-jaga kerana khuatir masalah kesihatan mengganggu urusan kerjayanya.

“Pada usia begini, saya kena rehat secukupnya dan ambil makanan tambahan untuk memastikan stamina dapat dikembalikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya