Farid Kamil lebar sayap ke Indonesia - Utusan Malaysia

Farid Kamil lebar sayap ke Indonesia

faird kamil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon serba boleh, Farid Kamil teruja apabila impian melebarkan sayap di negara jiran, Indonesia menjadi kenyataan selepas menerima tawaran sebagai teraju utama sebuah filem.

Farid berkata, dia bakal terbang ke negara itu bulan depan bagi memulakan penggambaran dan akan bergandingan dengan pelakon legenda, Christine Hakim serta bintang filem terkenal, Acha Septriasa.

“Alhamdulillah, selepas berjaya menerbitkan filem Remp-IT, doa saya untuk kembangkan bakat lakonan di luar negara termakbul. Memang tidak disangka-sangka, dapat tawaran teraju utama pula itu. Syukur sangat.

“Lebih-lebih lagi bila tahu gandingan saya adalah dua nama besar dalam industri perfileman sana, jadi memang tidak sabar untuk memulakan penggambaran. Saya akan ke Jakarta bulan depan untuk menjalani penggambaran selama 55 hari,” katanya.

Sementara itu, bercakap tentang naskhah baharunya, Remp-IT 2, Farid selaku penerbit dan pengarah berharap agar peminat memberikan sokongan terhadap filem tersebut, terutama ketika sambutan khalayak terhadap produksi tempatan dilihat semakin memberangsangkan.

“Selama 16 tahun saya terima pertanyaan sama, bila Remp-IT akan ada sekuel. Ramai yang rindu dengan watak Madi. Orang tertunggu-tunggu untuk sekuel filem itu. Jadi, saya harap sambutan untuk Remp-IT 2 memberangsangkan.

“Insya-Allah mengikut perancangan, Remp-IT 2 akan ditayangkan di Indonesia. Kita berharap filem ini mampu mencipta kejayaan seperti produksi pecah panggung lain,” katanya.

Remp-IT 2 akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 November depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya