Berdepan kejutan budaya, Fiza Thomas sanggup tukar nama - Utusan Malaysia

Berdepan kejutan budaya, Fiza Thomas sanggup tukar nama

FIZA berdepan kejutan budaya gara-gara populariti segera selepas menyertai AF ke-13.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Fiza Thomas mendedahkan, pernah dua tahun ‘menghilangkan’ diri daripada dunia seni kerana berdepan tekanan dan kejutan budaya susulan populariti yang diraih selepas tamat menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim ke-13.

Kata anak kelahiran Sandakan, Sabah ini, pengalaman yang dilalui bermula 2016 itu membuatkan dirinya mengambil pendekatan selamat kerana tidak mahu terlalu dikenali dalam industri seni.

“Saya trauma kerana dikejar orang dan terima mesej yang bukan-bukan di Instagram. Saya tidak boleh menghadapi perkara seperti itu.

“Lantaran perkara itu, saya memutuskan untuk tukar nama kepada Fiza Thomas kerana tidak mahu dikenali sebagai Afi.

“Ketika itu, bila orang tanya, adakah saya bersedia dengan pancaroba dunia hiburan, tentu sekali saya kata tidak. Kalau tidak, mana mungkin saya ‘hilang’ selama dua tahun,” katanya ketika ditemui wartawan pada majlis sidang media pementasan Jula Juli di Istana Budaya, semalam.

Kata empunya nama sebenar, Nur Hafizah Longkip ini, dia tidak hilang terus, sebaliknya masih mencari rezeki dalam industri hiburan dalam tempoh dua tahun tersebut.

“Saya masih bekerja dalam industri, cuma agak low profile. Saya tidak aktif di media sosial dan tidak keluar lepak , malah setiap kali habis kerja, saya terus pulang ke rumah.

“Sekarang, saya bersedia menentukan hala tuju kerjaya untuk ke fasa seterusnya sejak mempunyai pengurus pada 2018,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya