Uyaina Arshad selamat melahirkan anak lelaki - Utusan Malaysia

Uyaina Arshad selamat melahirkan anak lelaki

UYAINA selamat melahirkan anak lelaki, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 30, selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan, malam tadi.

Uyaina berkongsi berita gembira tersebut di Instagramnya.

“Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan berlangsung dengan selamat. Syukur, Alhamdullilah.

“Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022, anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama.

“Semoga menjadi manusia yang baik, berakhlak mulia dan seorang pemimpin yang hebat.

“Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami. Semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” tulisnya.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran, 29 pada 21 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya