Trauma kemalangan, Ikmal Amry masih takut memandu - Utusan Malaysia

Trauma kemalangan, Ikmal Amry masih takut memandu

IKMAL masih belum dapat melupakan kejadian kemalangan yang menimpanya dan keluarga pada 3 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ikmal Amry, 28, mengakui masih belum berani untuk memandu  akibat trauma dengan kejadian kemalangan yang menimpanya dan keluarga, baru-baru ini.

Menurut Ikmal, sejak kemalangan itu, dia terpaksa menggunakan khidmat pembantu peribadi sekiranya perlu keluar untuk bekerja.

“Ini kali pertama saya keluar bertemu orang ramai selepas kemalangan.  Saya rasa anxiety bila ramai orang datang kerumun kerana masih teringat kejadian itu. Alhamdulillah, saya sudah mulai kuat berbanding sebelum ini.

“Susah untuk lupakan apa yang terjadi, begitu juga isteri. Dia sehingga sekarang tidak boleh mendengar dentuman bunyi. Dia cepat terkejut dan jantungnya berdegup laju. Apabila tidur, dia asyik terjaga dan memegang anak untuk memeriksa keadaannya.

“Memang kami semua masih belum benar-benar okey,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem Rasuk di Tropicana Gardens Mall, Damansara, dekat sini, semalam.

Ikmal berkata, dia dan isterinya tidak mendapatkan rawatan psikiatri di mana-mana hospital kerana percaya, mereka perlukan waktu untuk pulih.

“Kami tidak alami kecederaan fizikal, cuma trauma masih ada. Sebagai terapi dan usaha untuk lebih tenang, isteri mahu duduk bersama keluarganya di kampung. Seminggu bersama keluarga, saya nampak dia bertambah baik.

“Saya sentiasa bersama dengan isteri dan anak. Sebelum ini, saya pernah alami kemalangan, tetapi sendirian. Apabila membabitkan isteri dan anak, mungkin itu yang membuatkan saya jadi begini,” katanya.

Tambah Ikmal, dia juga sukar membuang kerisauan yang melampau sehinggakan apabila berjalan kaki, dirinya dihambat kegusaran.

“Bayangkan, sedang berjalan kaki pun, saya asyik menoleh ke belakang, takut orang langgar dan sebagainya. Dalam kereta pula, saya risau ketika di lebuh raya. Saya takut untuk memandu dalam keadaan sekarang kerana mungkin akan membahayakan orang lain.

“Saya perlukan masa untuk benar-benar pulih dan kembali berani memandu. Kemalangan tempoh hari memberikan impak yang cukup besar” katanya.

Ikmal dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan pada 3 September lalu. Ketika kejadian, kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan lain menyebabkan keretanya berpusing sebelum terbalik. Bagaimanapun, anak dan isterinya dilaporkan selamat.

Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla Shamsul Kamar, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Cailie yang kini berusia lapan bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya