Terharu terima anugerah di negara orang - Keisya Levronka - Utusan Malaysia

Terharu terima anugerah di negara orang – Keisya Levronka

KEISYA terharu dengan anugerah pertama diterimanya di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Indonesia, Keisya Levronka, 19, terharu apabila industri muzik Malaysia menghargai bakat seninya menerusi Anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Luar Negara pada kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), baru-baru ini.

Menurut Keisya, dia tidak menyangka menerima anugerah tersebut kerana kerap kali dikecam apabila gagal membawakan lagu popularnya, Tak Ingin Usai dengan baik ketika membuat persembahan secara langsung.

“Saya terlalu teruja menerima anugerah ini sehinggakan tidak mampu mengatur nafas dengan baik. Ini merupakan anugerah pertama saya.

“Terus-terang, saya tidak sangka dihargai seperti ini, terutama apabila menerima anugerah di luar negara seperti di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas selesai acara AIM 23.

Keisya berkata, anugerah itu membangkitkan lagi semangatnya untuk menghasilkan karya yang bagus dan diterima peminat di kedua-dua negara.

“Kalau ditanya mengenai kerjaya, semuanya baik-baik sahaja. Saya bersyukur kerana lagu saya diterima baik, sama ada di Malaysia atau Indonesia, terutama Tak Ingin Usai.

“Selepas ini, saya sudah mengatur langkah untuk keluarkan album pertama. Anugerah ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk pastikan album itu mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.

Ditanya mengenai sejauh mana dia menerima kecaman netizen mengenai cara nyanyiannya, Keisya mahu kekal positif.

“Sebenarnya, apa pun yang terjadi, ia berbalik kepada diri bagaimana kita mengawalnya. Kita tidak punya banyak tangan untuk menutup mulut orang, tetapi kita mampu menutup telinga sendiri daripada mendengar kata-kata negatif orang lain.

“Saya tahu, perlu perbaiki cara nyanyian.  Biarlah orang berkata apa sahaja, jangan biarkan ia terus mempengaruhi diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya