Tampil seksi, Dolla dikecam lagi - Utusan Malaysia

Tampil seksi, Dolla dikecam lagi

PENAMPILAN berani Dolla mengundang kecaman netizen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kumpulan popular, Dolla sekali lagi berdepan kecaman netizen gara-gara berpenampilan berani ketika menjayakan festival muzik, Good Vibes Weekender, baru-baru ini.

Penampilan Dolla yang terdiri daripada empat ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya itu dikatakan sangat seksi ketika melakukan persembahan pada acara yang berlangsung di sebuah taman tema popular itu.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, kumpulan yang terkenal dengan lagu berjudul Impikan itu dilihat sedang menyanyi dan menari lincah dengan persalinan yang dianggap ramai mencolok mata.

Ruangan hantaran di media sosial tersebut dihujani pelbagai komen warganet yang nyata kurang senang melihat penampilan mereka.

Malah, ada segelintir netizen membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan, iaitu ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut membuat persembahan di lokasi sama.

CL  dilihat mengenakan jaket hitam ketika menghiburkan peminat menerusi seleksi lagu popularnya.

Penyanyi itu juga sempat berseloroh apabila memaklumkan, dia ingin menanggalkan ‘outerwear’ yang dipakai, namun enggan mencetuskan masalah.

Sebelum ini, Dolla pernah dikritik apabila gerak-geri Sabronzo dianggap keterlaluan ketika menari ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya