LANTANG dalam menyuarakan sesuatu, setiap yang dilontarkan itu ada benarnya. Empat dekad dalam industri seni, dia tahu selok-belok dan setiap liku yang dijalani, menjadikan dia berdiri teguh. Dilayangkan pertanyaan tentang kebanjiran bakat baharu yang bersilih berganti hadir, Datuk Rosyam Nor berkata, dia tidak memahami mengapa ada segelintir pelakon lama seperti mempunyai masalah dengan pelakon baharu. “Kita memang memerlukan pelakon muda untuk meneruskan legasi industri hiburan. Takkan nak harap hero tua sahaja? Tidakkah pelik jika tiba-tiba saya melakonkan watak remaja? “Zaman sudah berubah, industri seni juga bergerak seiring masa. Janganlah merungut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya