Rumah mewah? Saya nak keluarga  selesa - Janna Nick - Utusan Malaysia

Rumah mewah? Saya nak keluarga  selesa – Janna Nick

JANNA Nick bersyukur dapat membahagiakan keluarganya dengan kediaman baharu yang lebih selesa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Janna Nick bersyukur impian untuk memiliki rumah kedua menjadi kenyataan apabila berkongsi kegembiraan itu bersama pengikutnya di Instagram, semalam.

Menurut Janna, dia membeli rumah tersebut untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya.

Tambah Janna, biarpun proses mencari rumah bersesuaian mengambil masa dua tahun, segala penat lelah itu sangat berbaloi apabila dia akhirnya bertemu dengan kediaman yang diimpi-impikan.

“Dua tahun saya mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga seperti yang saya mahukan dan berbaloi.

“Saya sangat bersyukur, tetapi kena kerja keras lagi kerana semakin banyak komitmen, semakin bertambah tanggungjawab yang perlu saya lunaskan,” katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Gatal itu berkongsi video ruang dalam rumah empat tingkat miliknya yang turut mempunyai lif di Instagram.

Sebelum ini, Janna telah membeli rumah pertama yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017.

Janna berkata, rumah itu dibeli sebagai persediaan untuk membawa keluarganya tinggal bersama.

“Saya pilih untuk keselesaan keluarga kerana nanti emak dan adik-beradik yang lain akan tinggal sekali.

“Rumah baharu ini bagaimanapun, belum lagi diubah suai. Saya kena tunggu siap sepenuhnya, baru kami semua akan berpindah masuk. Mungkin akhir tahun depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya