Naufal sahkan tidak lagi bersama Zayne - Utusan Malaysia

Naufal sahkan tidak lagi bersama Zayne

NAUFAL mengesahkan kini bergerak solo selepas tamat kontrak bersama Zayne.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Naufal Azrin memaklumkan, dia sudah mengundurkan diri daripada kumpulan nasyid, Zayne dan kini memilih untuk bergerak secara solo.

Mengesahkan perkara tersebut, pemilik nama sebenar Ahmad Naufal Azrin itu memaklumkan, dia secara rasmi berundur selepas kontrak bersama kumpulan itu tamat, beberapa bulan lalu.

“Zayne masih bergerak seperti biasa dengan anggota sedia ada, cuma saya tidak lagi bersama mereka.

“Kontrak saya sudah tamat dan kini mahu mencuba perkara baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Naufal bersama tiga anggota lain, Furqan Fawwaz, Mateen Yaaqub dan Abdul Basit pernah menghasilkan beberapa lagu seperti  Rindu, Ya Badratim, Kaulah Cinta dan Rahman Ya Rahman.

Kumpulan tersebut turut tercalon bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-23 yang berlangsung, baru-baru ini.

Naufal  yang meledak populariti menerusi lagu Casablanca bersama Nuha Bahrain memaklumkan, pengundurannya itu mengikut prosedur yang betul.

“Tiada konflik antara saya dan ahli kumpulan Zayne yang lain. Kontrak saya bersama kumpulan itu sudah tamat, itu sahaja.

“Jadi, secara rasmi saya bukan lagi ahli Zayne. Rezeki saya mungkin lebih kepada bergerak secara solo,” ulasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN