Naufal ibarat abang saya - Nuha Bahrin - Utusan Malaysia

Naufal ibarat abang saya – Nuha Bahrin

NAUFAL dan Nuha rapat atas tuntutan kerjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun rapat, penyanyi, Nuha Bahrin mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan rakan duetnya dalam lagu Casablanca, Naufal Azrin.

Kata Nuha, hubungan dia dan Naufal ibarat abang dengan adik dan mereka berdua selesa sekadar menjadi kawan.

“Kami tidak bercinta. Naufal ibarat abang untuk saya.

“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tetapi, tidak adalah saya friend zone dia. Kita pun tidak tahu masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media Ijab & Qabul Wedding Expo di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, di sini.

Pada majlis tersebut, pasangan duet sensasi itu dilantik sebagai duta ekspo pengantin yang bakal berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 hingga 25 September ini.

Sementara itu, Naufal memaklumkan,  buat masa ini, dia ingin memberikan sepenuh fokus kepada kerjaya seninya dan tidak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang perkahwinan atau teman istimewa.

“Kerjaya seni saya baru bermula. Buat masa ini, saya tidak boleh komen mengenai teman istimewa.

“Saya mahu beri tumpuan kepada bidang ini dan keluarga saya terlebih dahulu” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya